Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6 petua untuk Najib kekal kuasa
Diterbitkan:  May 28, 2015 7:57 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.

Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?

Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:

  1. Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

 

  • Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan meletakkan Kementerian Kewangan bawah sepupunya Datuk Seri  Hishammuddin Hussein yang kini mengawal Kementerian Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio kementerian  Hishammuddin sekarang.
  •  

  • Ambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.
  •  

  • Upah penulis surat layang “berwibawa: untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir, boleh ditukar dengan ganjaran beberapa hari keluar penjara.
  •  

  • Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
  •  

  • Hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.
  • Menulis dalam blognya hari ini, Kadir berkata Najib mesti bertindak sekarang susulan pendedahan bahawa simpanan 1MDB di Singapura bukan dalam bentuk tunai seperti dijelaskan awal dalam jawapan bertulis parlimen.

    Katanya, pindaan jawapan itu, kepada simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan (penyingkiran) terhadapnya dibuat.

    “Ingat pemakzulan terhadap presiden Indonesia  Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita, tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.

    “Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Lihat Komen
    ADS