Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemisahan kuasa perlu untuk reformasi
Diterbitkan:  May 29, 2015 4:19 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Kebebasan badan eksekutif, Dewan Rakyat, Dewan Negara, institusi raja dan perundangan adalah kunci yang diperlukan untuk mereformasi negara, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Tanpanya, kita hanya bercakap kosong dan tidak akan membawa sebarang hasil," katanya di blog peribadi beliau hari ini.

Salleh ( kiri ) yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah berkata, badan ekskutif perlu bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat yang kemudian akan meluluskan sesuatu rang undang-undang.

Tetapi sebelum itu, katanya, rang undang-undang itu mesti disaring di peringkat Dewan Negara.

Apabola ia diluluskan parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan mengkajinya dan berhak memulangkan ia kepada parlimen jika perlu.

"Justeru, seperti anda boleh lihat, kita mempunyai pelbagai peringkat untuk proses semak dan imbang bagi menghalang diktator menguasai negara.

"Malangnya, pada akhir 19800-an, semua ini berubah. Jadi, apabila kita bercakap tentang reformasi, kita perlu tahu apa yang kita cakapkan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS