Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai 13 saman trafik tertunggak, menyerah diri dan menjelaskan kesemua saman berkenaan berjumlah RM2,100 minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob yang memuji sikap lelaki berkenaan, berkata kesemua saman berkenaan dikeluarkan sejak 2002.

"Ketika kami sibuk menjalankan Ops Warta di daerah ini, lelaki berkenaan dengan rela hati menyerah diri dan menjelaskan semua samannya termasuk lebih satu saman yang mempunyai waran tangkap.

"Sikap lelaki ini wajar dicontohi dan kami berharap lebih ramai pesalah trafik akan tampil untuk menjelaskan saman masing-masing," katanya kepada pemberita di Muar, hari ini.

Azman berkata sejak 19 Mei hingga Rabu lepas, sebanyak 152 tangkapan telah dilakukan dengan 210 saman berjaya diselesaikan.

Beliau berkata sebanyak 61 waran tangkap membabitkan pesalah trafik dari daerah ini, manakala 149 waran tangkap lagi melibatkan pesalah trafik dari daerah lain.

"Sehingga kini, sebanyak 135 lelaki dan 17 perempuan telah ditahan melalui Ops Warta di daerah ini," katanya.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai yang masih mempunyai saman diminta tampil dan menjelaskannya bagi mengelak tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS