Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Saya tak kenal siapa dia,"  begitu jawapan ringkas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika diminta memberi komen mengenai pemimpin pelajar Hong Kong Joshua Wong hari ini.

Khairy ditemui di Kuala Lumpur berkata, dia meminta maaf kerana tidak mengenali Wong yang pernah memimpin orang awam di Hong Kong berdemonstrasi di pulau berkenaan untuk mendesak Beijing tidak campur tangan dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 2017.

Selepas menjawab ringkas, Khairy terus berlalu meninggalkan wartawan yang membuat liputan majlis dihadirinya bersama lejenda bola sepak dunia, Pele.

Dipilih menjadi penghias muka dean majalah Time baru-baru ini, Wong gagal memasuki negara selepas ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebaik tiba dari Hong Kong Selasa lalu.

Wong, 18, tiba dengan pesawat udara Dragon Air KA633 dan mendarat pada jam 11.55 pagi.

Namun dia diusir pulang dengan pesawat sama dan berlepas ke Hong Kong pada jam 12.55 tengah hari.

Wong sepatutnya menghadiri majlis dialog dengan pegerakan pelajar dan Malaysiakini menjadi rakan media.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, Wong ditahan kerana namanya berada dalam senarai orang yang tidak dibenarkan memasuki negara atas faktor keselamatan .

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula menyatakan, pencetus masalah tidak dialu-alukan memasuki negara.

Lihat Komen
ADS