Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Digambarkan sesetengah pihak sebagai semakin disisihkan, Datuk Seri Najib Razak hari ini membuktikan beliau tetap disayangi ramai.

Berucap di pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), Najib mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Malah Najib sempat bertanya sama ada tepukan dan sorakan untuknya itu didorong oleh upah.

"Adakah (tepukan) ini sebab dapat elaun? Mesti kalau tambah elaun (tepukan) lagi kuat," katanya.

Namun hadirin kemudian menjerit: "Tidak! Sebab kami sayang Datuk Seri!"

Mengenai kehadiran orang ramai hari ini yang kebanyakannya anggota JPP, Najib berkata, dia sangat terharu dengan sambutan yang diberi.

Mereka sering bersorak setiap kali nama Najib di sebut.

"Tuan-tuan tepuk tangan setiap kali nama negeri disebut. Tuan-tuan bertepuk tangan ketika (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Abdul Rahman Dahlan disebut," katanya.

Pada majlis itu juga Najib berkata JPP itu dibentuk bagi merapatkan hubungan emosi antara penduduk bandar dan kerajaan.

Ketika melancarkan inisiatif itu, Najib menegur amalan kejiranan di kalangan penduduk bandar yang semakin merosot berbanding penduduk luar bandar yang masih mengamalkan semangat bergotong-royong.

"Sangat jarang semangat kejiranan ada di kawasan bandar. Kalau ada, orang akan menuduh mereka penyibuk," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS