Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib kini tidur lena, tak keseorangan
Diterbitkan:  May 30, 2015 5:30 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerangnya supaya berundur.

Pengakuan Najib itu dibuat dua pemimpin utama negeri paling utara di semenanjung itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan sokongan kepadanya.

Perdana menteri juga menganggap kedua-dua mereka sebagai "dua harimau" Perlis dengan Shahidan menjadi "orang kuat politik" manakala menteri besar sebagai "orang kuat kerajaan".

Kata Najib, Shahidan ( kiri ) sudah menyatakan sokongan tidak berbelah baginya sebelum ini dan hanya sebulan lalu, Azlan mengambil tindakan sama dengan berikrar tetap menyokong di belakang perdana menteri.

"Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.

Sebelum itu dalam ucapannya, Azlan menyatakan sokongan padu kepada Najib dan kerajaan.

Shahidan adalah bekas Menteri Besar Perlis yang kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS