Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan penduduk kampung di Baram membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berhubung dakwaannya bahawa majoriti penduduk tempatan menyokong projek empangan Baram.

Bercakap kepada pemberita di luar Ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara hari ini, jurucakap kumpulan itu Charles Gau berkata, mereka mengambil langkah membuat laporan polis kerana dia tidak tahu di mana lagi tempat untuk mengadu.

 

Beliau turut menggesa ketua menteri untuk mengadakan dialog terbuka dalam isu tersebut, bukannya sesi pintu tertutup yang diadakan kira-kira dua minggu yang lalu.

"Kita minta dia buat satu dialog terbuka, tak boleh tutup-tutup. Tutup-tutup ni tak betul.

"Dalam kelambu-kelambu, lepas tu dia cakap ketua kaum sokong.

 

"Ketua kaum sokong, dia (yang) kata, tapi bukan semua ketua kaum yang sokong.

"Katakan kalau ketua kaum tak sokong, dia boleh bantah tak? Tak boleh," katanya sambil menambah bahawa pemimpin yang sebelum ini menentang projek itu telah menerima tekanan, seperti tidak dilantik sebagai ketua kampung.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS