Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penasihat kanan tentera Thai jadi buruan
Diterbitkan:  Jun 2, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Satu mahkamah wilayah Selatan Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang pegawai tinggi tenteranya berhubung tuduhan terlibat dengan pemerdagangan orang.

Laporan Bangkok Post menyebut, Mahkamah Wilayah Na Thawi di Songkhla mengeluarkan waran tangkap itu ke atas Lt-Gen Manus Kongpan, seorang penasihat kanan tentera negara itu.

Ia rentetan kepada operasi besar-besar ke atas kegiatan pemerdagangan orang sejak awal Mei, susulan penemuan kubur besar dipercayai mengandungi mayat migran Rohingya di sempadan Malaysia-Thai.

Sebanyak 82 waran tangkap dikeluarkan dan seramai 51 orang berjaya diberkas. Manus dan selebihnya yang lain masih bebas.

Komander tentera Thai, Udomdej Sitabutr dilaporkan berkata, pasukannya bekerjasama dengan polis sudahpun maklum bahawa Manus dikehendaki oleh pasukan itu.

Lihat Komen
ADS