Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

“Kamu fikir Nazri boleh ditakut-takutkan?”

Begitu reaksi Datuk Seri Nazri Abdul Aziz  terhadap dakwaan wakil rakyat pembangkang bahawa menteri diugut supaya tutup mulut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tanya dia, adakah dia rasa Nazri boleh diugut?” katanya merujuk dakwaan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ( kiri ).

Nazri, menteri kebudayaan dan pelancongan juga menegaskan bahawa menteri lain juga mempunyai maruah dan tidak akan tunduk kepada ancaman.

“Mereka pemimpin-pemimpin dalam masyarakat masing-masing. Saya tidak fikir mereka boleh diugut,” katanya kepada Malaysiakini.

Pua berkata demikian selepas Najib dilapor memberitahu menteri-menteri yang tidak setuju dengan 1MDB supaya meletakkan jawatan dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas.

Pua juga mendakwa anggota kabinet lebih berminat melindungi kedudukan masing-masing.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS