Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhaizan ketua Pemuda PAS pilihan pembaca
Diterbitkan:  Jun 2, 2015 8:10 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Dalam tempoh 24 jam, pembaca Malaysiakini memilih Suhaizan Kaiat untuk terus menerajui Pemuda PAS berbanding pencabarnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam undi yang dijalankan sejak 6.30 petang semalam, seramai 2,875 pengunjung ambil bahagian dalam tinjauan itu.

Suhaizan, dilihat cenderung kepada kumpulan properubahan dalam PAS pimpinan calon presiden Ahmad Awang, mencatatkan sokongan popular 67 peratus atau 1,914 undi.

Nik Abduh pula memperoleh 33 peratus (961 orang) yang memilih beliau sebagai ketua Pemuda. Pemilihan kepimpinan Pemuda dijadual esok pagi.

Sementara itu, regu Suhaizan bagi jawatan timbalan pula, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob turut mencatat populariti tinggi berbanding pencabarnya anak lelaki Hadi - Muhammad Khalil.

Daripada 1,326 pengundi, Raja Ahmad Iskandar mendapat 59 peratus (782 orang) yang mengundi bagi membantu Suhaizan mengemudi Pemuda PAS.

Bakinya pula sebanyak 544 orang atau 41 peratus menyokong Muhammad Khalil untuk mempertahankan jawatannya itu.

Keputusan ini bagaimanapun hanya sekadar ukuran populariti umum.

Ia juga mungkin tidak mencerminkan keputusan sebenar kerana kebanyakan peserta tinjauan bukan perwakilan yang layak mengundi esok.

Calon-calom masih mempunyai tempoh beberapa jam untuk berkempen pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung pada pagi esok.

Lihat Komen
ADS