Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis kepung lelaki bersenjata sejak 5 pagi

Polis kini sedang mengepung kira-kira enam lelaki dipercayai bersenjata yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields SAC Azlee Abdullah berkata kesemua suspek dipercayai warga asing.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata polis telah mengepung kawasan berkenaan sejak pukul 5 pagi tadi.

"Enam lelaki itu terserempak dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan di belakang taman rekreasi, dan operasi menjejaki suspek masih diteruskan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS