Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hubungan kekeluargaan amat penting, sekali gus menolak dakwaan terdapat perselisihan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menteri pertahanan itu menegaskan tiada siapa dapat merenggangkan hubungan beliau dan Najib, yang juga sepupunya.

Beliau juga sekali lagi menegaskan penafiannya bahawa beliau berundur daripada kabinet kerana perbezaan pendapat dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang terpalit kontroversi beban hutang.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media petang ini.

Hishammuddin Hussein sebelum ini menafikan bahawa meletak jawatan menteri pertahanan.

Dalam respons kepada soalan warga siber di Twitter, Hishammuddin menyifatkan cakap-cakap mengenai beliau meletak jawatan sebagai "putar belit negatif oleh mereka yang tidak bertanggungjawab".

Hishammuddin dipercayai merujuk kepada khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan kabinet di tengah-tengah kemelut 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS