Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau akan tetap bertegas memastikan parti Islam itu kekal bersama Pakatan.

Malah, beliau juga berkata akan menggunakan pendekatan yang lembut  bagi memastikan hubungan parti itu bersama Pakatan kekal bersama.

"Kita bertegas bersama dengan Pakatan dan kita harap segala isu yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik. itu komitmen Pemuda PAS.

"Tiada tindakan keras, saya bertindak lembut sahaja," katanya dalam sidang media selepas Muktamar Pemuda selesai petang ini.

Selain itu, ditanya sama ada senarai "chai" yang dikeluarkan pagi ini membawa kemenangan kepadanya, ahli parlimen Pasir Mas tu berkata beliau tidak setuju wujud kumpulan dalam parti itu.

"Saya tak pernah sebut dalam kenyataan saya ada kumpulan. Semua Dewan Pemuda adalah rakan-rakan saya. Yang sebut itu ialah mainan media," katanya lagi.

Nik Abduh menang jawatan ketua pemuda PAS menewaskan Suhaizan Kaiat.

Dalam pemilihan kali ini, anak kepada ikon PAS itu menang dengan jumlah undi sebanyak 429 manakala Suhaizan hanya mendapat 262 undi.

Lihat Komen
ADS