Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: 3 menteri keluar awal mesyuarat kabinet
Diterbitkan:  Jun 3, 2015 11:28 PM
Dikemaskini: Jun 4, 2015 3:46 AM

Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB,  tiga anggota kabinet dilapor keluar awal daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan  Khairy Jamaluddin.

Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.

Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet.

Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau keluar awal kerana mempunyai penerbangan ke Kemboja.

“Cubaan yang bagus,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS