Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang perwakilan Wilayah Persekutuan membidas pemimpin DAP yang didakwa 'tidak matang' mengeluarkan kenyataan yang didakwanya menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kamaruzaman Mohamad berkata tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap rakan sekutunya yang bersama-sama mahu menjayakan harapan rakyat.

"Komited kita kepada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Kita tidak ada pilihan lain Komitmen kita untuk menjayakan harapan rakyat, tapi ada rakan Pakatan seolah-oleh tidak tidak matang mengeluar kenyataan daripada pemimpin mereka.

"(Jika) DAP yang bertanggungjawab untuk membawa satu pilihan untuk membina harapan baru untuk menumbang apa (masalah) yang kita sedang tanggung sekian lama, bertindaklah (dengan) lebih matang, berkawannya dengan sepatutnya.

"Sepatutnya beri dokongan untuk menjadi harapan rakyat (demi kejayaan) dalam masa terdekat," katanya ketika menyokong ucapan terima kasih bagi membahaskan usul ucapan dasar presiden.

Dalam ucapannya juga, beliau mahu kepimpinan baru PAS menyiasat secara telus mengenai laporan yang mendakwa terdapat gerakan digelar kumpulan Hawaii-Five-O - untuk menjatuhkan individu tertentu parti.

Beliau mahu anggota parti yang terlibat dalam gerakan itu dikenakan tindakan tegas sekiranya laporan yang dikemukakan ada kebenarannya.

"Kita mahu kepimpinan baru menyiasat secara telus untuk mendapat makluman sebenar dan tindak sewajarnya," katanya.

Mengakhiri ucapannya, beliau mengulas ucapan penggulungan Hadi tahun lalu mengenai kebimbangannya tiada pemimpin parti yang akan mendukungnya daripada belakang.

"Tetapi saya yakin bahawa bukan sahaja tidak ada orang di belakang tok guru, kita akan berada di kiri dan kanan dan belakang tok guru," katanya

Sehubungan itu, beliau menyeru perwakilan berdiri dan bertakbir sebagai tanda sokongan kepada Hadi yang baru sahaja dipilih mempertahankan jawatannya sebagai presiden.

Sementara itu, mengulas isu hudud dalam Pakatan Rakyat, perwakilan Kelatan Datuk Mohd Fadhli Hassan berkata tidak sepatutnya menjadi isu politik memandangkan ketiga-tiga parti telah menandatangani perjanjian 2011 untuk menghormati dasar perjuangan masing-masing.

"Pakatan Rakyat bukan parti politik. Pakatan Rakyat adalah persepakatan politik. Masing-masing parti boleh memperjuangan dasar masing-masing. Dalam perjanjian itu, DAP akan menghormati PAS yang mempunyai dasar yang tak sama dengan DAP.

"Kenapa pada hari ini perkara ini telah diabaikan. dan mempersalahkan pas bahawa PAS telah melanggar perjanjian ini. Apa yang saya nak sebut, kita dalam Pakatan Rakyat supaya jengan terjebak dengan permainanan musuh," katanya.

Sebaliknya, beliau mahu Pakatan Rakyat menumpukan perhatian mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang, jika berhasrat mahu menawan Putrajjaya.

"Tugas untuk menghapus, melawan Umno adalah tugas PAS. Dan berilah pekuang kepada PAS untuk melawan Umno. Dan Pakatan Rakyat memberi sokongan kepada PAS.

"Dalam isu-isu yang dekat dengan rakyat khususnya orang Melayu, hendaklah diberikan kepada PAS untuk tengok (untuk diperjuangkan) dan jangan sesekali, parti dalam Pakatan Rakyat menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya.

Lihat Komen
ADS