Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perwakilan Sarawak Kiprawi Aman menggesa kepimpinan PAS menyelesaikan kemelut luar dan dalam parti yang menghalang kejayaan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Beliau juga mahu kepimpinan parti terus bergerak dalam permuafakatan Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata PAS Sarawak sedia meletakkan calon di 10 kerusi DUN dalam pilihan raya itu.

"Kami bukan sahaja juga ingin melahirkan anak sulung (kerusi pertama), kami juga bercita-cita untuk memenangi lebih daripada satu kerusi.

"PAS perlu terlibat dalam politik arus perdana, perlu mendapat pengiktirafan dan disegani bukan menjadi bahan ejekan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dalam Muktamar PAS.

Sepanjang sejarah pilihan raya Malaysia, PAS belum pernah menang sebarang kerusi dalam pilihan raya di Bumi Kenyalang itu.

Sebelum itu, perwakilan Melaka Kamaruddin Sidek mahu anggota PAS menganggap pemilihan sebagai islah (penambahbaikan) di samping tidak mengetepikan calon tewas.

Beliau juga mahu PAS menjadi alternatif kepada Umno dengan menjuarai isu-isu rakyat, agama dan bangsa selepas susulan rakyat hilang kepercayaan kepada parti Melayu itu.

"Jadi PAS perlu konsisten dengan dasar kita. Lihat bagaimana pilihan raya Rompin rakyat konsisten memberi undi kepada kita kurang kepada BN

"PAS perlu ada dalam Pakatan. PAS mesti berada dalam versi baru bukan kabur,” katanya.

Lihat Komen
ADS