Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menggambarkan dirinya sebagai pemalu, tetapi pada masa sama memberi amaran beliau tetap boleh 'mencakar'.

Membandingkan dirinya dengan bekas ketua pemuda sebelum ini yang pandai berpidato dan bersuara lantang, Nik Abduh berkata, dia kurang petah bercakap.

"Walaupun Allah tidak mengurniakan saya petah bercakap, tetapi ayah saya memuji tulisan saya. Ayah yang tidak pernah puji anak, sekali dia puji macam nak melompat," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, dengan "akal yang dikurniakan Allah" seperti bapanya, beliau akan memimpin Dewan Pemuda dengan akal, bukan mulut.

"Saya ada sedikit sifat pemalu. Bukan shy shy cat, tapi shy shy tiger. Saya ada mencakar tapi cakaran bukan cakaran muslimat yang tak berdarah, tapi cakaran saya berdarah," katanya sambil diiringi gelak ketawa hadirin.

Nik Abduh juga turut mengimbau kenangan bersama perwakilan dan pemerhati di Muktamar PAS bagaimana ayahandanya mengajarnya menjadi pemimpin yang mahir berpidato.

"Dia cakap mudah sahaja, anggap orang yang ada depan kita ni tunggul kayu. Ia ucapan yang cukup mujarab," katanya sambil ketawa kecil dan diriingi dengan perwakilan dan pemerhati.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata sebagai ketua pemuda beliau menggariskan dua visinya iaitu menggerakkan anak muda dalam poliitk dan melahirkan generasi pelapis dalam kepimpinan.

"Saya komited untuk melaksana tugas besar ini," katanya sambil mengulangi akan mempertahankan Pakatan Rakyat dan melaksanakan tugas untuk menyelesaikan perselisihan.

Selain itu, kata Nik Abduh, Pemuda PAS juga akan ke Sarawak mulai sekarang bagi membuat persediaan pilihan raya negeri demi melahirkan 'anak sulung" parti itu di negeri berkenaan.

Lihat Komen
ADS