Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penganalisis ramal BN tak dapat bertahan PRU14

Dua penganalisis politik menyuarakan keyakinan mereka bahawa BN tidak akan dapat bertahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu persidangan mengenai pilihan raya umum ke-13 anjuran Unitar semalam, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata beliau masih berpegang dengan ramalannya pada 2013 bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, apa yang Ong belum bersedia untuk ramalkan ialah parti manakah yang bakal memerintah Putrajaya nanti.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku kepada PakatanRakyat dalam pilihan raya umum akan datang, Ong berkata: "Saya tak tahu."

Ong (duduk kanan) menjelaskan bahawa kesetiaan politik masih dalam keadaan tidak menentu, terutamanya dengan PAS memutuskan hubungan hubungan  dengan DAP.

Oleh itu, terdapat kemungkinan pakatan baru dibentuk menjelang pilihan raya akan datang, seperti yang diilhamkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Saya rasa kemungkinan itu adalah masih sesuatu yang boleh diusahakan oleh pihak tertentu.

"Saya rasa ini adalah satu kemungkinan untuk satu gabungan boleh dibentuk sebelum pilihan raya umum akan datang untuk berdepan dengan BN, dan mungkin, jika ramalan saya tepat, BN akan dikalahkan oleh gabungan ini," kata Ong.

Penjajaran semula

Pada bulan Mac, berikutan usaha terbaru PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan, Lim mengilhamkan satu gabungan baru pakatan "Selamatkan Malaysia" untuk mempertahankan prinsip-prinsip teras Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pembentangannya sebelum itu, Ong - seorang saintis politik sebelum menyertai politik - berkata kekalahan BN itu, antara lain, akan disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup dan pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menegaskan bahawa BN mempunyai lebih banyak"kerusi marginal" untuk dipertahankan berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Seorang lagi penceramah, ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan (gambar), bersetuju dengan ramalan Ong itu

Wan Saiful berkata dengan keadaan dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan, ia akan menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya akan datang.

"Jika Pakatan boleh kekal bersama, maka ia akan mempunyai peluang untuk menggantikan BN," katanya.

Malah, tambahnya, jika Pakatan tidak boleh kekal bersama sekalipun, beliau rasa kerajaan BN mungkin tiada lagi.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 

Lihat Komen
ADS