Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mendapat sebarang imbuhan selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

"Pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak dibayar imbuhan tahunan atau mengambil sebarang fi, imbuhan atau faedah," demikian jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar).

Ko juga meminta kementerian tersebut menyenaraikan berapa kali lembaga pengarah 1MDB bermesyuarat dalam tempoh lima tahun lalu dan bilangan mesyuarat lembaga penasihat 1MDB yang dihadiri oleh Najib.

"Mesyuarat lembaga penasihat telah diadakan sebanyak dua kali," jawab kementerian itu, tanpa menjelaskan sama ada ia adalah secara tahunan atau sejak penubuhan 1MDB.

Kementerian itu, bagaimanapun, tidak menjawab berapa kali perdana menteri telah mempengerusikan mesyuarat lembaga penasihat itu.

Sementara itu, lembaga pengarah 1MDB bermesyuarat sebanyak 72 kali sepanjang tempoh lima tahun lalu - 11 kali pada 2009, 2010 (16) 2011 (13) 2012 (10), 2013 (8) dan tahun lepas (14).

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS