Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib vs Mahathir dalam 'perang Pokemon'
Diterbitkan:  Jun 10, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir dalam dialog disertai pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad terus diperolok orang ramai.

Terkini, meniru permainan video Pokemon yang amat popular sekitar 90-an, muncul animasi di Internet memaparkan pertelingkahan kedua-dua tokoh Umno itu.

Video itu disebarkan meluas semalam dan sudah ditonton 20,000 orang di Facebook dalam tempoh tidak sampai sehari.

Ia menjadikan Najib sebagai watak utama yang lari daripada PWTC tetapi bertembung dengan Mahahir selepas diumpan cincin emas untuk isterinya Rosmah Mansor.

Selepas beberapa kali cuba mengelak, Najib terpaksa berdepan dengan Mahathir dengan menggunakan bantuan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad pula diperolokkan dengan kenyataannya berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Khalid dengan penggunaan Twitter yang menyaksikan beliau memberi arahan melalui media sosial itu.

Video itu berakhir dengan kemunculan Rosmah bagi membantu Najib.

Najib tidak hadir dalam dialog terus terang dengan NGO di PWTC atas faktor keselamatan selepas polis membatalkan acara itu.

Mahathir mengambil pentas dan sempat berucap sebentar sebelum dihentikan dan diiring beredar daripada bangunan Umno itu.

Selain Najib, Rosmah juga sebelum ini sudah menjadi mangsa perolokan yang memanipulasi teknologi digital.

Lihat Komen
ADS