Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cuma kritikan seorang kerabat, kata ahli MT Umno

Pandangan negatif Tengku Mahkota Johor terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menggambarkan pandangan semua kerabat diraja, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata tiada tinjauan dibuat bagi membuktikan kerabat lain turut berkongsi pandangan dengan Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anak kepada sultan Johor itu.

“Oleh kerana seorang Tengku Mahkota (kata begitu), tidak bermakna seluruh kerabat tidak gembira dengan Najib.

“Tidak kisahnya sama ada baginda sultan masa depan Johor, baginda hanya individu yang meluahkan pandangannya,” katanya yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

Razak pada 5 Jun lalu tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan, sekali gus tidak bertembung pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendapatkan penjelasan.

Mengulas perkara itu Tunku Ismail pada 5 Jun berkata orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

Bercakap kepada Malaysiakini , Tajuddin terdapat juga kerabat negeri lain yang menyokong kepimpinan Najib seperti di Pahang dan Perak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS