Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Kenapa 1MDB bodoh sangat?
Diterbitkan:  Jun 12, 2015 11:35 AM
Dikemaskini: 4:15 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memperincikan rundingan yang dibuat oleh 1MDB yang disifatkannya sebagai “kebodohan” syarikat itu.

Beliau mengakui, di sebalik serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang ramai masih tidak jelas apa yang tidak kena dengan firma pelaburan negara itu.

“Daripada komen di blog saya dan soalan yang ditanya pada saya ketika membeli belah, jelas bahawa ramai lagi kurang tahu mengenai 1MDB.

“Mereka cukup tahu Najib buat silap sesuatu dengan wang RM42 bilion yang dipinjam, tetapi tidak jelas apa yang salah sehingga saya minta dia letak jawatan.

“Jadi saya fikir saya kena jelaskan kenapa 1MDB salah, secara berperingkat,” kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Menyentuh pelaburan 1MDB, Mahathir berkata syarikat itu ketara terlebih bayar ketika membeli aset tenaga, walaupun lesennya hampir tamat.

“Misteri kenapa 1MDB tidak tunggu sehingga lesen tamat. Genting (Bhd) dan (hartawan) Ananda (Krishnan) jelas buat duit lebih daripada yang sepatutnya,” katanya.

Katanya, 1MDB belanjakan RM18 bilion untuk membeli Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah Energy daripada Ananda.

“Jadi, bukan saja meminjam ada kosnya tetapi kos pelaburan yang tinggi bermaksud pulangannya rendah. Kenapa 1MDB bodoh sangat?” soal Mahathir.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS