Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Myanmar harus diberitahu supaya mengikut ajaran Buddha sejati dalam melayan etnik Rohingya, yang kini menjadi pelarian di seluruh dunia.

“Penganut Buddha yang baik tidak bunuh orang.

“Mereka ini sudah lupa, atau tidak endah pada ajaran agama mereka sendiri,” kritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketegangan antara etnik majoriti dan Rohingya antaranya dilapor disemarakkan lagi oleh seorang sami yang didakwa anti-Islam dikenali sebagai Wirathu.

Dalam laporan media antarabangsa, dia diberi julukan “Burma bin Laden” setelah didakwa menyebarkan kebencian terhadap etnik Rohingya yang rata-ratanya Muslim.

Sementara itu, Mahathir membandingkan apa yang berlaku dengan keadaan di Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan, negara ini tidak membunuh kaum yang dibawa masuk oleh British ke negara ini.

Malah, kaum asing diberikan kerakyatan selepas merdeka.

“Kita tidak halau orang,” kata Mahathir dalam forum membincangkan nasib Rohingya di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir menegaskan etnik Rohingya sudah pun menetap di wilayah Myanmar selama 800 tahun, malah sebelum era penjajahan British lagi.

Etnik itu berasal daripada Rakhine, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada British Burma (Myanmar selepas kemerdekaan).

Lihat Komen
ADS