Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Najib tak salah, Dr Mahathir tak penting

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada setiap minit, jam dan hari.

Nazri berkata, bekas perdana menteri itu bebas menyatakan pandangan kerasnya terhadap Najib namun ia bukanlah sesuatu yang penting.

"Ini adalah negara bebas. Kita tak boleh penjarakan dia (Dr Mahathir), tak boleh halang dia daripada bercakap," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu kepada Malaysiakini .

Nazri berkata demikian sebagai menjawab saranan Dr Mahathir yang menggesa Najib meletakkan jawatannya dan menjadi pemimpin semula selepas dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Nazri, tiada sebab untuk Najib berundur demi mengikut kemahuan Dr Mahatir kerana pandangan yang dilontarkan bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu tidak penting.

Tambahan pula, kata Nazri, Najib tidak membuat sebarang kesalahan.

"Seorang pemimpin mungkin perlu mengambil cuti apabila sedang disiasat atau didakwa di mahkamah," katanya lagi.

Justeru, menurut Nazri hanya semasa pemilihan Umno dan pilihan raya umum yang boleh menentukan sama ada dakwaan Mahathir terhadap Najib benar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS