Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM680,000 sebulan urus Menara Felda
Diterbitkan:  Jun 15, 2015 11:29 AM
Dikemaskini: 6:07 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendedahkan, sebanyak RM680,000 dibelanjakan setiap bulan untuk menyelenggara Menara Felda.

Razali dalam jawapannya di Parlimen menyebut, kerja-kerja itu dijalankan oleh Dayaurus Sdn Bhd yang menyediakan menguruskan kemudahan di Menara Felda.

"Skop kerja itu termasuk membersih, mencuci, penyelenggaraan luaran dan operasi,” katanya.

Kontrak tersebut diberi melalui tawaran sebut harga melibatkan beberapa syarikat yang ditawarkan untuk mengambil bahagian, katanya.

Susulan itu, lembaga tender Felda menerima tiga tawaran, tambahnya.

Ia bagi menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS