Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mengakui di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa kekayaannya bernilai RM1.185 bilion, berdasar laporan oleh juraudit yang diupah bekas isterinya.

Anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud itu mengakui 20 syarikat miliknya atau yang dia menjadi pengarahnya menyumbangkan aset dengan nilainya itu, seperti laporan Ferrer Hodgson MH Sdn Bhd.

Ferrer Hodgson MH diupah oleh Shahnaz A Majid untuk menganggarkan nilai kekayaan bekas suaminya.

Juruaudit Andrew Heng memberitahu bahawa Mahmud bernilai antara RM916 juta hingga RM1.334 bilion.

Ketika ditanya peguam Shahnaz, Rafie Shafie, berkenaan asetnya, Mahmud mengakui mengakui berdasar apa yang ditulis dalam laporan yang diserahkan sebagai bukti itu dia bernilai RM1.185 bilion.

“Bagaimanapun, ia mungkin tidak termasuk liabiliti,” dakwa saksi itu.

Mahmud berkata dia memiliki 50 syarikat yang dua daripadanya syarikat tersenarai dan selainnya syarikat milik sendiri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS