Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Masjid DAP' hanya cadangan spontan
Diterbitkan:  Jun 15, 2015 3:56 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Sebuah masjid yang dilaporkan akan dibina DAP di Kelantan sebenarnya cuma cadangan yang terhasil daripada reaksi spontan salah seorang pemimpin mereka, kata Setiausaha Gabungan Impian Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir hari ini.

Mengulas laporan Malaysiakini Sabtu lalu, Rosli Allani ( gambar ) berkata, kenyataan itu adalah tawaran daripada Koordinator Projek Impian Kelantan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semasa program penyerahan rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Katanya, kenyataan Loke itu dibuat selepas mendengar sendiri kata-kata daripada imam di kampung berkenaan yang mengadu masalah masjid mereka perlu dibaik pulih.

"Malah ulasan seterusnya daripada Loke, ia bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat dan persoalan hukum yang mungkin timbul sekiranya tawaran itu diterima.

"Ia menunjukkan sensitiviti yang cuba dijaga oleh DAP yang ingin menekankan bahawa bantuan kemanusiaan itu diberikan merentasi sempadan politik dan apa jua pemisah yang boleh ditimbulkan," katanya.

Menurut Rosli Allani, Gabungan Impian Kelantan mengucapkan terima kasih atas tawaran berkenaan, namun menyatakan sumber lain hasil sumbangan daripada orang ramai telah dikenalpasti bagi menyempurnakan baik pulih masjid berkenaan.

"Ia perlu dibuat pada kadar segera disebabkan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi," katanya.

Lihat Komen
ADS