Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rang Undang-undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hudud, tersenarai lagi dalam kertas perintah persidangan Parlimen - dua hari sebelum sidang semasa Dewan Rakyat dijadual tamat.

Rang undang-undang (RUU), Perkara No 28, adalah perkara yang terakhir dalam kertas perintah tersebut, yang bermakna ia mungkin tidak sempat dibentangkan. Masih ada 12 lagi RUU kerajaan untuk dibahaskan menjelang hari Khamis.

Hadi (gambar), ahli Parlimen Marang, memperkenalkan RUU itu pada Mac 18. Ia hanya tersenarai dalam kertas perintah itu pada 7 April, juga sebagai perkara terakhir, dan tidak sempat dibentangkan.

RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk membuka jalan bagi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, Ini dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

Hadi mahu menggantikan Seksyen 2 dan Seksyen 2A Akta itu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.

Undi majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang itu.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS