Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jazlan: Arul, Shahrol kini patut lebih bimbang

Testimoni juruaudit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah membekalkan PAC dengan maklumat baru untuk berdepan dengan bos dan bekas CEO syarikat itu apabila mereka hadir memberi keterangan, kata Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata demikian ketika mempertahankan keputusan PAC untuk memanggil presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi Ibrahim memberi keterangan pada bulan Ogos, ketika ditanya sama ada ini akan memberi mereka masa yang terlalu lama.

"Saya memberi mereka masa yang mencukupi untuk membuat persediaan kerana kami kini mempunyai lebih banyak maklumat. Jika kita panggil mereka sebelum ini, kita tidak akan ada maklumat yang kami perolehi dari juruaudit hari ini," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Memandang PAC kini mempunyai lebih banyak maklumat dari Deloitte dan KPMG, maka Nur Jazlan berkata mereka berdua patut lebih bimbang sekarang.

Sebelum itu, Jazlan mempengerusikan mesyuarat PAC di mana jawatankuasa itu menyoal mengenai 1MDB kepada wakil KPMG.

Memetik maklumat baru itu, Nur Jazlan juga mengumumkan bahawa Shahrol dan Arul akan memberi keterangan secara berasingan bagi memberi lebih banyak masa untuk soalan.

Beliau berkata Shahrul akan memberi keterangan pada 4 Ogos, diikuti oleh Arul hari berikutnya. Jemputan telah dihantar kepada Kementerian Kewangan minggu lepas, dan salinannya juga dihantar kepada 1MDB.

Di samping itu, PAC juga memutuskan hari ini untuk memanggil seorang lagi bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman untuk memberi keterangan, yang menurut Nur Jazlan, berkaitan dengan maklumat yang dikemukakan oleh KPMG.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS