Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'BN mungkin boleh jatuh walau Pakatan pecah'
Diterbitkan:  Jun 21, 2015 2:50 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Jika Umno terus merosakkan diri dengan perbalahan dalaman dan dakwaan rasuah dan BN masih kucar-kacir, maka penganalisis politik yakin pembangkang mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

 

"Parti komponen BN mempunyai masalah, MIC menjadi jenaka tetapi tiada siapa yang ambil peduli untuk bercakap mengenainya," kata Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Beliau merujuk kepada perebutan kepimpinan MIC, di mana Presiden Datuk Seri G Palanivel telah menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun kemudiannya, Subramaniam mengumumkan beliau sebagai pemangku presiden dan keahlian Palanivel ditarik.

Wan Saiful berkata, kedudukan MCA pula tidak berada dalam keadaan stabil, sementara dalam Umno pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan seranan berterusan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia agak positif bahawa pembangkang mempunyai peluang yang adil untuk mengambil Putrajaya jika Umno terus memusnahkan dirinya sendiri," kata Wan Saiful

 

Bagaimanapun, Wan Saiful menambah perkara tersebut tertakluk kepada berapa lama lagi gabungan pembangkang yang baru akan terbentuk dan jika ia berjaya menangani cabaran pada masa depan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS