Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kalau sekular kami tak masuk PAS'
Diterbitkan:  Jun 22, 2015 12:36 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini menolak tanggapan bahawa kumpulan progresif dalam PAS berfahaman sekular.

Katanya, jika perkara itu benar sudah pasti mereka tidak akan memilih parti Islam itu sebagai wadah perjuangan.

“Jika kami sekular, kami tidak akan masuk PAS,” kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu.

Beliau juga memberikan tempoh selama 100 hari bermula dari muktamar kepada kepimpinan baru PAS yang pro-ulama untuk 'mengubah' atau atau beberapa pemimpin progresif parti itu akan membentuk parti baru yang akan bersama Pakatan Rakyat.

Khalid berkata beliau memberi tempoh tersebut selepas Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah berkata kepimpinan PAS yang baru diberi 100 hari untuk menilai mereka.

"Kami akan memberi masa kepada kepimpinan yang baru untuk mengembalikan semula gaya kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Bagaimanapun, tanda-tanda daripada kenyataan oleh presiden menunjukkan bahawa mereka tidak akan kembali kepada gaya begitu," katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan besar Kelantan sebelum ini dilapor berkata kepimpinan PAS masih terlalu baru untuk dinilai demi menjadikan parti lebih mantap dan memastikan tanggungjawab kepada parti dan rakyat akan dilaksanakan.

"Kita masih terlalu baru mentah untuk dinilai sedangkan penilaian kepimpinan biasanya melibatkan tempoh 100 hari pertama.

"Saya harap semua pihak akan beri kerjasama yang utuh kepada kepimpinan baharu ini bagi memastikan PAS terus maju ke hadapan dan perjuangan kita terbela," katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS