Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekiranya Pakatan berpecah, ramai tertanya-tanya, apa yang berlaku kepada PAS yang selama ini dilihat lebih progresif dan terbuka kepada rakyat Malaysia?

Malangnya, gelaran itu dilihat penganalisis politik mungkin tidak lebih sekadar mitos.

Wan Saiful Wan Jan memberitahu Malaysiakini , “mitos” itu disebarkan oleh media yang sering mengutip pandangan daripada kumpulan progresif dalam PAS.

“Apa yang berlaku sebelum ini kumpulan progresif lebih lantang, dan kenyataan mereka sering dipetik oleh media.

"Ini memberi gambaran bahawa PAS telah berubah, sedangkan pada faktanya kumpulan konservatif sentiasa ada dan ia menjadi idea dominan dalam PAS.

"Ia tidak pernah berubah,” katanya.

Lihat Komen
ADS