Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekalan air terawat di daerah Ranau dijangka pulih sepenuhnya petang esok, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di muka sauk utama air mentah sedang giat dilakukan.

"Bekalan air terawat di Ranau dijangka pulih 100 peratus petang esok apabila kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di 'water intake point' utama selesai," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter beliau Isnin.

Masidi berkata cabaran utama untuk memulihkan semula bekalan air di Ranau ialah membersihkan 150 meter timbunan kayu balak dan serpihannya di muka sauk air mentah.

Timbunan kayu balak itu dihanyutkan banjir lumpur dari Sungai Mesilau hingga ke Sungai Liwagu menyebabkan muka sauk air mentah di Loji Rawatan Air Bambangan tidak dapat digunakan sejak minggu lepas.

Ia menyebabkan bekalan air terawat ke daerah Ranau terputus dan penduduk terpaksa mendapatkan air yang dibekalkan lori tangki dan air graviti.

Atas keprihatinan orang ramai, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan, mereka menghantar sumbangan air minuman khususnya di kampung terlibat, hospital dan sekolah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS