Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Harga saham-saham di Bursa Malaysia tengah hari Isnin ditutup dalam lingkungan positif dan tinggi.

Pada rehat tengah hari, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 11.11 mata kepada 1,732.88, selepas berlegar antara 1,720.84 dan 1,735.90 sepanjang sesi pagi.

Firma penyelidikan, Kenanga Research menyifatkan pasaran secara teknikalnya mencatat jualan berlebihan dengan FBM KLCI diunjur mencecah paras lebih tinggi pada dagangan dalam lingkungan 1,705 hingga 1,750.

Menurutnya, kalangan pelabur berkemungkinan telah mula mengumpul saham-saham mewah, terutamanya saham berwajaran tinggi yang mencatat penurunan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 407 berbanding 242 manakala 289 kaunter tidak berubah, 884 tidak diniagakan manakala 13 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 745.85 juta saham bernilai RM756.77 juta.

Dalam kalangan saham peneraju di indeks komposit, Tenaga menokok 20 sen kepada RM13.06, Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM6.08, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM5.75 manakala CIMB dan YTL Corporation masing-masing naik tiga sen kepada RM5.56 dan RM1.56.

Antara saham aktif termasuk Frontken yang naik setengah sen kepada 27.5 sen, K-One menambah 2.5 sen kepada 30.5 sen, AirAsia menokok tiga sen kepada RM1.64, Privasia Technology meningkat dua sen kepada 29.5 sen manakala IFCA MSC menambah lapan sen kepada RM1.33.

Pada tengah hari, kaunter paling untung adalah SAM Engineering & Equipment, British American Tobacco, Carlsberg dan Hong Leong Financial.

Kaunter paling rugi adalah Hong Leong Bank, Sarawak Oil Palm dan UEM Edgenta.

Di papan skor, Indeks FBM Emas adalah 65.08 mata lebih tinggi kepada 11,971.89, Indeks FBMT100 menambah 64.02 mata kepada 11,660.80, FBM Emas Syariah naik 73.99 mata kepada 12,450.75, FBM Ace melonjak 154.59 mata kepada 6,454.62 dan FBM 70 meningkat 31.45 kepada 13,047.11.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 74.64 mata kepada 15,667.59, Indeks Perusahaan menambah 8.08 mata kepada 3,168.97 manakala Indeks Perladangan naik 5.61 mata kepada 7,308.89.

- Bernama

Lihat Komen
ADS