Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar mahu Lembaga Pengampunan semak keputusan

Keluarga bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan semakan kehakiman hari ini bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac, yang menolak permintaan mereka.

Asas permohonan mereka ialah kehadiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam mesyuarat lembaga itu, di mana ada janji Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara tidak akan terlibat dalam kes itu.

Anwar, isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak perempuan mereka Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan tersebut.

Mereka menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya, Peguam Negara dan kerajaan sebagai responden.

Anwar dan keluarganya memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan 16 Mac dan memaksa lembaga itu bermesyuarat semula dan mempertimbangkan semua perkara yang berkaitan dengan petisyen mereka dan mengemukakan nasihat yang sesuai kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai alternatifnya, mereka mahu lembaga itu menasihati Agong bahawa Anwar diberi pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun bagi kes liwat II.

Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini oleh firma Tetuan Daim & Gamany.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS