Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apakah hakim akan tarik diri dalam saman PM lwn M'kini?

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said akan mendengar permohonan Malaysiakini esok supaya beliau menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap syarikat itu.

Malaysiakini telah memohon Kamaluddin menarik diri atas alasan bahawa beliau telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 1 Januari dan perkara itu masih dalam pengurusan kes.

Dokumen yang difailkan oleh syarikat itu menyatakan ia bukan amalan biasa bagi seorang hakim Mahkamah Tinggi Seremban untuk mendengar perkara yang difailkan di Kuala Lumpur; bahawa tidak ada keadaan khas untuk itu; dan bahawa tarikh perbicaraan saman itu masih belum ditetapkan.

Hakim Kamaludin (foto) pada mulanya dijadual mendengar permohonan Najib untuk membatalkan pembelaan dan tuntutan balas Malaysiakini esok.

Semalam, permohonan semakan kehakiman yang berasingan untuk mencabar keputusan Hakim Besar Malaya melantik Hakim Kamaludin untuk mendengar kes itu, ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan oleh Pengurus Besar Mkini Dot Com Sdn Bhd, K Manohar, arahan Hakim Besar Malaya itu tidak selari atau mengikut undang-undang atau amalan pengarahan.

"Perbicaraan belum bermula dan bahawa permohonan ini sepatutnya didengar oleh bahagian Mahkamah Tinggi Sivil. Tidak ada asas untuk hakim ini untuk mendengar saman itu yang berasal dari Mahkamah Tinggi Sivil.

"Atas nasihat peguam kami, syarikat ini telah menghantar banyak surat kepada Hakim Besar Malaya dan pembantu khas beliau dan jawapannya ialah Hakim Kamaludin diminta mendengar kes ini dan alasannya ialah hakim berkenaan telah mendengar perkara itu semasa pengurusan kes."

Bagaimanapun, Manohar berkata Hakim Kamaludin tidak mendengar kes itu semasa pengurusan kes kerana ia dilakukan di hadapan timbalan pendaftar.

"Arahan untuk Hakim Kamaludin mendengar kes itu adalah satu pelanggaran terhadap amalan biasa. Sesungguhnya ia adalah aneh di mana seorang hakim Mahkamah Tinggi Seremban diperintahkan untuk mendengar kes itu di KL, sedangkan kes ini belum bermula atau bukan sambungan perbicaraan," katanya.

Manohar berkata kebebasan badan kehakiman adalah satu prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebagai defendan dalam saman ini, bergantung kepada norma ini bahawa badan kehakiman bukan sahaja perlu bebas tetapi dilihat bebas.

Najib, bersama dengan setiausaha kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh, memfailkan saman terhadap Malaysiakini tahun lalu berikutan dua artikel yang mengandungi pembaca komen berkaitan kemelut menteri besar Terengganu.

 

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS