Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada ikat jamin, Justo akan dibicara di Thailand

Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang ditangkap polis Thailand pada hari Isnin kerana didakwa memeras ugut, tidak dibenarkan ikat jamin dan sedang ditahan di lokap Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan.

Dia akan dibicarakan di Thailand atas tuduhan tersebut walaupun laporan sebelum ini berkata dia akan dihantar pulang.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Ketua Leftenan Prawut Thavornsiri memberitahu Malaysiakini malam tadi ini bahawa kesalahan itu didakwa dilakukan di Thailand.

"Dia ditangkap di sini, jadi dia akan didakwa di Thailand," katanya ketika dihubungi. Difahamkan bahawa Justo akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi prosiding reman hari ini.

                                  

Menurut satu sumber polis dari bahagian pencegahan jenayah Thailand yang membuat penangkapan itu, Justo telah melantik satu pasukan peguam.

Justo, 49, bekas pengarah jabatan teknologi maklumat (IT) untuk syarikat minyak dan gas PetroSaudi International, didakwa memeras ugut bekas majikannya untuk mendapatkan 2.5 juta franc Switzerland (RM10 juta).

Dia telah didakwa mengancam untuk mendedahkan maklumat sulit yang dikatakan dicurinya dari syarikat itu.

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, Justo telah menghantar emel kepada PetroSaudi meminta untuk mengadakann satu pertemuan pada Oktober tahun lepas.

Selepas itu, seorang eksekutif PetroSaudi terbang ke Thailand untuk bertemu Justo di sebuah hotel di Bangkok.

Justo didakwa menuntut 2.5 juta Franc Switzerland sebagai balasan untuk tidak mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga. Namun dikatakan tiada sebarang persetujuan dicapai. Polis Thai telah memperoleh rakaman CCTV pertemuan tersebut.

Sumber itu berkata, walaupun Justo mengaku berjumpa dengan eksekutif PetroSaudi itu, tetapi dia mendakwa 2.5 juta Franc Switzerland itu adalah jumlah baki pampasan yang syarikat itu sepatutnya membayar kepadanya selepas perkhidmatannya ditamatkan pada tahun 2011.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, Justo sudah menerima sejumlah wang yang agak besar daripada syarikat itu apabila perkhidmatnya ditamatkan empat tahun lalu.

Adalah dipercayai bahawa eksekutif PetroSaudi itu yang membuat laporan polis berhubung dakwaan peras ugut di Bangkok kira-kira dua bulan lalu.

                  

Justo ditahan pada kira-kira 3 petang 22 Jun di rumah mewahnya di Koh Samui, sebuah destinasi pelancongan yang popular di wilayah Thailand selatan, Surat Thani.

Menurut sumber polis, Justo sering mengembara antara Eropah dan Koh Samui, di mana dia tinggal bersama isteri dan anak-anaknya.

"Isteri dan anak-anaknya telah meninggalkan Thailand sejurus sebelum Justo ditangkap," kata sumber itu, yang merupakan sebahagian daripada pasukan siasatan.

                      

Polis telah merampas komputer dan telefon mudah alih Justo, termasuk sebuah telefon Blackberry.

Penyiasatan dan tangkapan dilakukan di bawah undang-undang Thailand oleh polis Thai. Sumber itu juga berkata Interpol dan pihak berkuasa Malaysia tidak terlibat dala

m kes itu.

Pihak berkuasa Thailand akan meneruskan tindakan mendakwa Justo di Bangkok dan belum ada rancangan untuk membawanya pulang ke United Kingdom di mana PetroSaudi juga telah membuat laporan polis.

                                              

PetroSaudi pada tahun 2009 terlibat dalam usaha sama dengan 1MDB, syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia.

Baca berita penuh/asal]

 
 

 
 

Lihat Komen
ADS