Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua pekerja pembinaan warga asing cedera selepas dihempap besi perancah dalam satu insiden di tapak pembinaan bangunan berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum Kuala Lumpur malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian 11.21 malam itu, mangsa pertama yang merupakan warga Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan di dalam bangunan berkenaan mengalami kecederaan patah pinggang manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar cedera ringan pada bahagian tangan apabila dihempap besi perancah.

"Sebaik menerima aduan daripada orang ramai, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Pantai Dalam bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama , hari ini.

Beliau berkata daripada keterangan saksi kedua-dua mangsa bersama lima pekerja lain sedang meratakan simen, tiba-tiba berlaku runtuhan besi perancah menyebabkan dua mangsa terbabit jatuh bersama arus runtuhan, manakala lima pekerja lagi terselamat kerana berada jauh dari tempat runtuhan.

Katanya mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS