Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Annuar: Pendedahan Rafizi 'tiada apa yang baru'

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menganggap pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung isu perjanjian apartmen Dudley House dengan menyifatkannya sebagai "tiada apa-apa yang baru".

"Semua yang dikatakan oleh Rafizi tiada apa yang baru dan saya cukup pasti mereka bersama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat. Beliau sedikit lewat," Annuar kepada Malaysiakini .

Beliau kemudian mempersoalkan sama ada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR lebih berminat untuk mencari publisiti daripada mendapatkan keadilan.

"Mereka yang mahu publisiti akan mencari media, mereka yang berminat dalam tindakan dan keadilan yang perlu diambil akan pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Adalah lebih wajar bagi beliau untuk membantu SPRM daripada cuba untuk memancing perdebatan awam," kata Annuar.

Perkara ini berkaitan laporan akhbar dari Australia The Age yang mendedahkan bahawa MARA membelanjakan A$ 22.5juta (RM65 juta) untuk membeli sebuah blok pangsapuri yang digelar "The Dudley" di Melbourne.

Pembelian, yang antara lain melibatkan bekas ahli politik, terlebih bayar dengan jumlah A$4.75juta (RM13.7 juta).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS