Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tahanan Israel bebas selepas 55 hari berlapar
Diterbitkan:  Jun 29, 2015 9:00 PM
Dikemaskini: 1:21 PM

Selepas melakukan mogok lapar selama 55 hari, warga Palestin yang ditahan di penjara Israel, Khader Adnan, dijangka dibebaskan dalam tempoh dua minggu lagi, kata peguamnya hari ini.

Seperti dilaporkan Al Jazeera , Khader bersetuju menamatkan mogok laparnya sebagai sebahagian daripada persetujuan dicapai dengan Israel.

Pihak berkuasa Israel juga berjanji tidak akan menahannya lagi dibawah undang-undang dikenali sebagai "tahanan pentadbiran" - bahasa yang digunakan untuk tahanan tanpa bicara.

Peguam Khader, Jawab Boulos berkata, keluarga beliau sudah dimaklumkan mengenai pembebasan dijadual dibuat pada 12 Julai ini.

Khader dihukum penjara selama 11 bulan dan beliau kini berada dalam tahanan untuk bulan kesembilan.

Dia kini ditempakan di klinik Penjara Ramla bagi membolehkan anggota perubatan memantau kesihatannya sejak awal bulan lalu.

Keluarganya dibenarkan datang melawat semalam dan ia adalah lawatan pertama dibenarkan sejak Khader memulakan mogok laparnya.

Ia bukanlah protes senyap pertama dilakukan Khader. Sebelum ini dia pernah melakukan bantahan dalam bentuk sama yang berlangsung selama 66 hari sebelum dia dibebaskan pada Februari 2012.

Khader juga menjadi simbol penentangan rakyat Palestin terhadap Israel.

Perkhidmatan perisikan Israel, Shin Bet, menganggap Khader adalah anggota Jihad Islam.

Lihat Komen
ADS