Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota Dewan Undangan Negeri Lenggeng Datuk Ishak Ismail berjaya mendapatkan arahan penangguhan terhadap pengisytiharan muflis daripada diserahkan padanya.

Perkembangan ini memungkinkan pilihan raya kecil dapat dielakkan.

Susulan itu, arahan itu kini digantung dan pihak berkaitan diberikan masa sehingga 23 Julai untuk menyelesaikannya.

Peguam Ishak, CS Murthi, memberitahu Malaysiakini , penggantungan arahan itu dibuat oleh Hakim Kamaludin Md Said.

Ishak, 64, dilaporkan gagal membayar pinjaman daripada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Perintah mengisytiharkan Ishak muflis sebelum ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac.

Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.

Dalam pilihan raya umum 2012, calon BN itu mengalahkan Zulkifly Mohammad Omar (PAS) dan Zulkifli Abdullah (bebas) dengan majoriti 2,058 undi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS