Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Thai benarkan Justo disiasat negara lain
Diterbitkan:  Jun 30, 2015 12:32 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Polis Thailand berkata akan menerima permintaan daripada pihak berkuasa asing untuk menyiasat bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo, yang kini ditahan di Thailand atas dakwaan memeras ugut.

“Kami alu-akukan permintaan daripada negara lain jika mereka mahu menyiasat suspek,” pegawai kanan polis negara itu Akaradej Pimonsri dipetik sebagai berkata oleh AsiaOne .

Britain sudah pun menghantar pegawainya ke Bangkok untuk menyiasat Justo semalam kerana suspek juga dituduh melakukan jenayah di negara itu, dedah Akaradej lagi.

Semalam polis Malaysia menyatakan hasrat untuk menyoal bekas Xavier Justo.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada pihak polis Thailand, dan akan mengadakan membincangkannya dalam mesyuarat dua hala pada 2 Julai.

Bagaimanapun, Khalid tidak menjelaskan mengapa polis Malaysia mahu menyoal Justo.

Kerajaan mendakwa Justo mengubah e-mel yang didakwa dicuri daripada syarikatnya, untuk memburukkan 1MDB dan rakan perniagaan PetroSaudi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS