Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan cuba melepaskan MARA yang didakwa pecah amanah dalam pembelian sebuah apartmen di Australia.

Sebaliknya beliau berkata polis belum menemui unsur-unsur pecah amanah dan yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan kepada pihaknya jika ada.

“Saya tidak cakap tidak ada penyiasatan. Buat masa ini kita tidak nampak ada unsur-unsur pecah amanah.

“Saya cakap semalam, buat ‘masa ini’ (tiada pecah amanah),” katanya.

Semalam Khalid dilapor memberitahu media bahawa keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh SPRM dan polis tidak mendapati tiada unsur pecah amanah.

Khalid juga diminta mengesahkan sama ada Bahagian Jenayah Komersial (CCID) polis tidak akan terlibat.

"Tidak pada masa ini,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS