Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA dakwa Suaram cuba burukkannya
Diterbitkan:  Jul 1, 2015 9:15 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Kumpulan pendesak hak Melayu, PERKASA mendakwa Suaram berat sebelah dan cuba memberi gambaran yang buruk terhadap pertubuhan itu.

Ini ekoran Suaram - dalam laporan laporan hak asasi manusia Suaram 2014 - telah mengaitkan PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan membuat "ucapan kebencian".

Setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata tumpuan pertubuhan itu ialah mempertahankan kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Beliau berkata isu-isu tersebut semuanya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Membangkitkan isu-isu ini) adalah sah dan oleh itu, ucapan-ucapan yang dibuat untuk mempertahankan objektif tersebut tidak boleh disifatkan sebagai 'ucapan ykebencian'," kata Syed Hassan.

Sebaliknya, kata beliau, mereka yang sengaja mencabar objektif tersebut di atas dan artikel-artikel lain dalam perlembagaan harus dianggap sebagai 'penyebab' kepada ucapan tersebut dan harus didakwa dan dihukum sewajarnya di bawah undang-undang yang berkaitan.

Syed Hassan juga memberitahu Suaram bahawa takrif "ucapan kebencian" boleh diperdebatkan.

"Terdapat dua pihak muka duit syiling," katanya sambil menambah bahawa ucapan tersebut boleh menjadi kebencian dan ia juga boleh diterima.

"Bergantung di sebelah mana anda berada!" katanya.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS