Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadir: Tahan Justo hanya satu helah
Diterbitkan:  Jul 1, 2015 12:26 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Justo hanyalah satu helah untuk mengelak perhatian kepada isu 1MDB.

Katanya, pemimpin Umno mungkin suka dengan penahanan warga Switzerland itu, namun tidak membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang terjejas dengan hutang 1MDB.

"Penahanan bekas eksekutif PSI, Justo oleh polis Thai mungkin mencetus kegirangan di kalangan elit Umno, tetapi ia tidak membantu meningkatkan keyakinan dalam ekonomi kita.

"Ada yang kata, ia sengaja dibuat-buat – satu helah untuk mengalihkan perhatian kita daripada isu 1MDB,” katanya dalam satu tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com

Bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu turut menimbulkan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin terjejas teruk dengan kebankrapan negara Greece.

Ini kerana, Malaysia, selain Hong Kong dan Singapura, akan terdedah kepada tuntutan bank Eropah, jelasnya.

“Ini boleh berlaku jika bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia untuk membaiki imbangan akaun mereka, akibat penyingkiran Greece (Grexit) dari Euro Zone,” katanya.

Beliau berkata demikan dengan merujuk kepada satu laporan majalah pelaburan Barron's Asia berhubung krisis kewangan Greece.

Menurut laporan itu, Malaysia mungkin kerugian hampir 18 peratus daripada KDNK akibat krisis hutang Greece, katanya.

"Laporan Barron menyatakan, sehingga akhir tahun lalu, tuntutan hutang bank Eropah di Malaysia adalah setara dengan 17.7 peratus daripada KDNK kita,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu memberi jaminan bahawa krisis kewangan di Greece tidak akan memberi kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.

Lihat Komen
ADS