Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TH sedang teliti 2 tawaran beli tanah TRX
Diterbitkan:  Jul 1, 2015 12:27 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Tabung Haji dilapor sedang serius meneliti dua tawaran untuk harta tanahnya di Tun Razak Exchange (TRX).

“Daripada cadangan diterima, Tabung Haji sedang serius meneliti dua tawaran itu.

“Harga ditawarkan lebih tinggi (daripada apa yang dibayar oleh Tabung Haji),” kata seorang sumber industri kepada The Malaysian Reserve .

Sumber juga dilapor berkata Tabung Haji sedang meneliti kaedah pembayaran tetapi tidak menyatakannya secara terperinci, termasuk sama ada bayaran secara tunai atau ekuiti bercampur.

Tabung Haji membeli 0.64ha tanah TRX daripada syarikat pelaburan kontroversi 1MDB dengan nilai RM188.5 juta.

Susulan kemunculan suara-suara tidak puas hati yang bimbangkan keselamatan dana mengerjakan rukun Islam kelima itu, Tabung Haji berjanji menjual kembali aset itu.

Walaupun dirancang selama dua minggu pada mulanya, ia kini sudah masuk minggu keenam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS