Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Satu lagi hartanah MARA didakwa terlebih bayar
Diterbitkan:  Jul 1, 2015 1:24 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Lepas satu, satu.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini didakwa mendapatkan sebuah lagi hartanah di Australia dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding harga pasaran.

Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) mendakwa harta tanah itu melibatkan bangunan 51 Queen Street di Melbourne yang dijual oleh Quintessential Group of Companies (QGC) kepada pihak tidak dinamakan pada 2013.

Ringkasan laporan berkaitan turut dipamerkan di laman web QGC.

QGC dikatakan membeli hartanah itu dengan harga AUD8.2 juta pada 2010 dan menjualnya dengan harga AUD16.65 (RM48.14 juta) selepas pengubahsuaian.

Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata dokumen bocor menunjukkan bahawa majlis MARA meluluskan pembelian hartanah itu pada 21 Februari 2013.

Ia secara rasmi diperoleh pada 29 Mac tahun itu pada harga AUD22 juta (RM66.61 juta).

Ini bermaksud AUD5.35 juta (RM15.47 juta) terlebih bayar, menurut Akmal.

Dalam kenyataannya selepas itu, NOW mendakwa pembelian 51 Queen Street melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian dua lagi hartanah yang didedahkan sebelum ini – Dudley House dan 333 Exibition Street.

NOW mendakwa perkara itu seolah-olah menunjukkan satu modus operandi sistematik dan NGO itu mengesyaki terdapat unsur pecah amanah.

Serah dokumen pada SRPM

Sementara itu Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa semalam berkata dokumen berkaitan pembelian asetnya di luar negara telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan.

Beliau berkata dokumen tersebut termasuklah tiga hartanah yang didakwa dibeli secara meragukan di Melbourne, lapor Bernama.

"Jadi biarlah penyiasatan berjalan.

“Kita tak ada apa nak disembunyikan," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas selepas majlis penyerahan zakat kepada 380 orang penerima dalam kawasan Parlimen Ketereh di Kota Baharu, Selasa.

Akhbar Australia, The Age baru-baru ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan harta tanah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS