Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya tuduh The Edge cetus 'kekeliruan'
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 5:00 AM
Dikemaskini: 10:41 PM

Kementerian Dalam Negeri telah menuduh Kumpulan Media The Edge menyiarkan artikel mengenai 1MDB yang telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan.

"Kami juga dituduh bergantung kepada satu portal internet untuk artikel kami," kata penerbit dan ketua pegawai eksekutif kumpulan itu, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan media semalam.

Ini telah disampaikan kepada syarikat itu dalam satu surat bertarikh 29 Jun oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kumpulan Media The Edge menerbitkan The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily.

Syarikat itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap kedua-dua penerbitan itu di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ho berkata, syarikatnya telah memohon lanjutan tarikh akhir untuk menyediakan jawapan yang diperlukan.

"Kami telah melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan dalam tempoh enam bulan lepas, kita telah menyiarkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari pelbagai sumber - Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapura, Euromoney - dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam Kumpulan Media The Edge," kata Ho.
 
Beliau berkata pihaknya akan menyusunya untuk membantu sebarang penyiasatan mengenai kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh pihaknya.
 
Menurut Ho, artikel berkenaan mendasarkan kepada bukti yang telah dinilai dengan teliti.
 
"Kementerian perlu menjelaskan yang mana satu artikel kami itu yang salah dan mencetuskan kekeliruan dan keraguan tentang kerajaan," tambahnya.
 
The Edge, tegasnya, percaya artikel mereka adalah benar dan sehingga kini, tiada satupun pihak yang yang disebut dalam artikel itu yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihaknya.
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata Ho, pihaknya berpegang kepada artikel yang  telah diterbitkannya.

Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS