Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Cukuplah', titah Tunku Mahkota Johor
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 8:23 AM
Dikemaskini: 8:03 AM

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa supaya ditamatkan isu berkenaan baginda, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan kerajaan.

"Saya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan," titah baginda.

Tunku Ismail bertitah apa yang ingin baginda sampaikan, telahpun baginda katakan dan sebagai menghormati bulan Ramadan.

"Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak," titah baginda di laman Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

"Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri kerana ianya tidak ke mana, dan secara jujur saya pun sudah bosan dengan hal ini.

"Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju, antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal...

"SAYA HANYA BERGURAU," tulis Tunku Ismail dalam huruf besar.

Tunku Ismail juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Johor dan Malaysia.

"Kepada yang bukan Muslim, semoga Tuhan memberkati anda dan orang yang tersayang. Akhir kata, salam kasih kepada seluruh Bangsa Johor. Johor mesti sentiasa jadi Johor," titah baginda.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS