Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP tuntut laporan awal siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 11:28 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut laporan awal siasatan Jabatan Audit Negara berhubung 1MDB seperti dijanjikan sebelum ini.

Ketua whip PAS itu berkata, ketua audit negara sebelum ini telah berjanji bahawa laporan awal audit terhadap syarikat pelaburan negara kontroversi itu akan disiapkan pada penghujung Jun, yang berakhir Selasa lepas.

“Ketua audit perlu tampil menjelaskan apa kah status laporan tersebut dan bila kah laporan awal ini akan disiapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz menuntut supaya laporan awal itu bukan hanya diserahkan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sahaja tetapi juga kepada semua ahli parlimen melalui pembentangan dalam sidang khas parlimen.

Perkara itu, kata Mahfuz, bagi membolehkan ahli parlimen membantu mengetengahkan perkara yang mungkin terlepas pandang.

Lihat Komen
ADS